KEBAKARAN membabitkan empat kediaman di perkampungan Sungai Isap. FOTO ihsan pembaca
BERNAMA

TIGA termasuk dua kanak-kanak maut dipercayai akibat terperangkap dalam kebakaran melibatkan empat rumah di Kampung Sungai Isap, Kuantan, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad berkata, mangsa yang maut ialah wanita dewasa berusia dalam lingkungan 30-an dan kanak-kanak berusia 10 dan tujuh tahun.

Identiti mangsa, bagaimanapun setakat ini masih belum dapat dikenal pasti.

“Semua mangsa ditemui di sebuah rumah yang musnah 100 peratus dan mereka dipercayai terperangkap ,” katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.

UPDATE

  • Identiti 3 beranak dikenal pasti
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Julai 2019 @ 10:36 AM