ENAM maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga di Lebuh AMJ di Kampung Pegoh. FOTO Twitter Bernama
BERNAMA

ENAM maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah treler di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Kampung Pegoh menghala ke Tol Alor Gajah, malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, dalam satu kenyataan berkata, kemalangan berlaku kira-kira 9 malam itu membabitkan Isuzu D’max, Mitsubishi Triton dan sebuah treler.

Jurucakap JBPM Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan 9.10 malam tadi dan 14 anggota melibatkan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah beregas ke lokasi kejadian sebelum tiba kira-kira 24 minit kemudian.

Kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dari kenderaan terlibat masih sedang dilakukan, menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 12:29 AM