WANITA berdiri dengan mangsa lelaki terbaring di kakinya. - Agensi
Agensi

Gara-gara dipanggil gemuk, seorang wanita menikam mati teman lelakinya menggunakan gunting selepas disindir ketika mahu membeli aiskrim.

Saksi mendakwa pasangan itu bertengkar selepas lelaki terbabit menghalang teman wanitanya membeli aiskrim kerana dianggap sudah cukup gemuk dalam kejadian di Zhumadia, tengah China.

Shanghaiist memetik saksi memberitahu lelaki itu didengar berkata: “Dah gemuk pun nak makan aiskrim?”

Wanita berkenaan dilaporkan terus masuk ke kedai dan membeli gunting sebelum keluar lalu terus menikam mangsa. The Mirror melaporkan pasangan itu baru menjalin hubungan 20 hari lalu.

Gambar mengejutkan tersebar di Internet menunjukkan seorang wanita berdiri dengan mangsa lelaki terbaring di kakinya.

Doktor cuba menyelamatkan lelaki itu namun dia meninggal dunia di hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Ogos 2019 @ 5:35 AM