Nurul Hidayah Bahaudin


PELAKON lelaki ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Ampang, hari ini, ketika hadir memberi keterangan berhubung kes penipuan membabitkan seorang penerbit bergelar Datuk.

Sumber berkata, pelakon lelaki berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

“Lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat seorang penerbit bergelar Datuk pada Jun lalu.

“Dalam laporan dibuat penerbit berkenaan, beliau memaklumkan kehilangan wang pelaburan lebih RM200,000 miliknya pada awal Mac lalu.

“Pihak polis turut merampas telefon bimbit milik lelaki berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi,, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, hari ini, mengesahkan penahanan pelakon lelaki berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 8:25 PM