X
Aksi seorang wanita yang masih memakai pakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan sebelum melakukan aksi tidak senonoh dalam satu rakaman video. Foto Ihsan Pembaca
Aksi seorang wanita yang masih memakai pakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan sebelum melakukan aksi tidak senonoh dalam satu rakaman video. Foto Ihsan Pembaca
Mohd Azam Shah Yaacob


SEMBILAN klip video memaparkan aksi seorang wanita yang memakai pakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan melakukan aksi lucah tular di media sosial sejak semalam.

Video termasuk gambar individu berkenaan mula disebarkan melalui aplikasi Whatsapp memaparkan tindakan wanita itu membuka buka bajunya satu persatu dipercayai dalam bilik persalinan agensi berkenaan.

Antara rakaman itu membabitkan perbuatan wanita berkenaan membuka pakaian seragam sebelum menyelak pakaian dalamnya.

Selain itu, terdapat rakaman wanita itu membelakangkan kamera dalam keadaan tanpa pakaian dipercayai untuk dikongsi kepada seseorang.

Sementara itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur berkata, pihaknya sedang menyiasat mengenai video terbabit yang dipercayai dirakam pada tahun lalu.

"JKDM memang ada menerima maklumat mengenai video itu yang dikatakan membabitkan kakitangan agensi ini.

"Buat masa ini, kita masih menyiasat mengenainya dan berdasarkan maklumat awal video itu dirakam pada tahun lalu tetapi disebar di media sosial sejak beberapa hari lalu," katanya ketika dihubungi.

Menurut JKDM, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung rakaman itu dalam masa terdekat sebaik siasatan mengenainya selesai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 7:24 PM
Kabinet Malaysia 2020