LEEAH terkenal dengan lagu Luluh oleh Khai Bahar. FOTO ihsan Leeah Kongjak


WALAUPUN bukan berasal daripada Malaysia namun ia tidak menghalang mereka yang bukan warganegara mendendangkan lagu berbahasa Melayu.

Malah, mereka juga mempunyai pengikut tersendiri di negara ini yang menggemari nyanyian mereka berbanding penyanyi tanah air.

Antaranya warga Thailand yang juga peniaga, Leeah Kongjak, 26, turut dikenali dengan nama Nutty Nathamon, yang popular dengan nyanyian Luluh oleh Khai Bahar.

Berasal dari Chiang Mai, Thailand, Leeah berkata, dia gemar menyanyikan lagu Melayu berikutan mahu memperkenalkan bahasa ini kepada orang Thailand.

Menurutnya, pada mulanya dia hanya suka-suka memuat naik nyanyian lagu Melayu di YouTube dan juga Facebook untuk pengikut di negaranya.

“Namun, saya tidak sangka ia mendapat sambutan ramai daripada pengikut di Malaysia dan juga Indonesia.

“Apabila dapat sambutan yang memberangsangkan saya terus memuat naik lebih banyak video nyanyian saya.

“Saya pernah tinggal di Kuala Lumpur pada usia 13 tahun selama tiga tahun. Ketika itu, saya banyak diperkenalkan dengan lagu Melayu oleh rakan di Malaysia.


BERLAKU akibat plak berlemak terkumpul dalam arteri.

“Apabila dengar lagu Melayu saya suka sebab sedap didengari dan juga mempunyai maksud sangat mendalam.

“Kebetulan saya memang suka menyanyi,” katanya yang juga fasih berbahasa Melayu.

Dalam pada itu, pelajar berasal dari Ontario, Kanada, Natasha Lynn Hutchinson, 18, berkata, dia membuat keputusan menyanyikan lagu bahasa Melayu selepas mengenali sekumpulan rakyat Malaysia di media sosial tahun lalu.

Sehingga kini, lagu Melayu doleh artis Naim Daniel bertajuk Sumpah yang menjadi ‘pertaruhannya’ ditonton lebih 15,000 kali menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurutnya, rakan dari Malaysia banyak membantu serta mendorongnya menyanyi lagu berbahasa Melayu.

“Saya memang suka menyanyi. Apabila rakan dari Malaysia suka dengan suara saya, terus-terang saya teruja.

“Memang sukar pada mulanya namun rakan banyak membantu dari segi sebutan. Walaupun, baru sebulan saya boleh berbahasa Melayu dengan menggunakan perkataan mudah dan ayat pendek.

“Sebelum ini, saya pernah mempelajari bahasa Korea selama empat tahun namun ia begitu sukar. Apabila mengenali bahasa Melayu, saya terus jatuh cinta,” katanya.


RISIKO penyakit jantung.

Sementara itu, jurutera kimia dari Cebu, Filipina, Nephi Acaling, 33, berkata, dia mula menyanyikan lagu Melayu awal tahun ini.

Malah, dia juga pernah dijemput Datuk Seri Siti Nurhaliza ke rumahnya selain berpeluang menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa bersama idolanya itu.

Katanya, sebelum ini dia lebih banyak membuat reaksi nyanyian penyanyi Malaysia dan juga Indonesia terutama Siti Nurhaliza.

“Selepas buat reaksi itu, saya mula berani menyanyikan lagu berbahasa Melayu.

“Menyanyikan lagu berbahasa Melayu bukan perkara sukar berikutan sebutannya lebih kurang sama dengan bahasa Filipina.

“Tambahan pula, saya faham ayat simple dan berusaha mempelajari bahasa Melayu melalui pengikut di Instagram,” katanya.

Menceritakan mengenai pertemuannya dengan Siti Nurhaliza, Nephi berkata, dia teruja sehingga mengeluarkan air mata apabila bertemu penyanyi kesayangan ramai itu.

“Ketkka saya beritahu akan datang ke Malaysia, pengikut saya tag Siti Nurhaliza dan merancang pertemuan bersama penyanyi itu.

“Rasa berdebar apabila penyanyi nombor satu Malaysia berdiri di depan saya. Malah, Siti Nurhaliza juga sangat mesra dan rendah diri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 6:15 AM