Hadzlihady Hasaan


POLIS menembak mati lelaki yang mengamuk dan menetak dua pekerja kilang di Bayan Lepas, hari ini.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, suspek berusia 25 tahun dikatakan mengamuk dalam kilang terbabit dan menetak dua pekerja iaitu seorang lelaki dan seorang wanita hingga parah.

Sumber berkata, anggota polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi dan mengarahkan suspek meletakkan senjata serta menyerah diri.


SEORANG daripada mangsa yang ditetak. FOTO Ihsan Polis.

“Suspek memegang dua parang dan enggan menyerah diri, malah dia cuba menyerang anggota polis.

“Keadaan itu menyebabkan anggota terpaksa melepaskan tembakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati suspek bekerja sebagai pembantu kualiti di kilang itu, dipercayai mempunyai masalah berkaitan kerja dengan dua mangsa.

“Dua mangsa yang ditetak dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 6:58 PM