Nur Saliawati Salberi


LELAKI warga Singapura yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam di Kampung Ladang, Krubong, di Melaka, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga 18 Oktober terhadap lelaki berkenaan dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Melaka, Syarina [email protected].

Lelaki terbabit yang memakai baju lokap tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Melaka 10.05 pagi sebelum dibawa keluar setengah jam kemudian.

Dia yang diiringi pegawai polis kelihatan tenang dan bersahaja.

Harian Metro kelmarin melaporkan, mayat individu dipercayai mangsa bunuh ditemukan dikerat sekurang- kurangnya lapan bahagian dalam kejadian di Kampung Ladang, Krubong, di sini, kira-kira 4 petang, Khamis.

Mayat mangsa dalam keadaan tanpa pakaian itu ditemukan berselerakan di kawasan semak.

Semalam, Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim berkata, suspek ditahan dengan kerjasama polis Singapura, hasil maklumat risikan di tempat kejadian yang dipercayai rumah teres dua tingkat milik mangsa di Taman Merdeka Jaya.

  • Lagi berita berkaitan Mayat Dikerat Lapan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 12:13 PM
    WARGA Singapura diiringi anggota polis ketika dibawa di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh, selepas mendapat tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini berhubung kes pembunuhan kejam. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber