Miswan melihat pusara Azalan yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam malam tadi. Foto Saddam Yusoff
Ruwaida Md Zain


JENAZAH Allahyarham Azalan Miswan yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan bas di Afyonkarahisar, Turki pada Rabu lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam malam tadi.

Pengebumiannya yang diurus sepenuhnya oleh kariah masjid, ahli keluarga dan pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu selesai kira-kira 9.30 malam.

Terdahulu, hampir 500 orang termasuk ahli keluarganya membanjiri Surau An-Nur di Seksyen 20 bagi menghadiri pengebumian jenazah kakitangan PKNS itu selepas tiba dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 7.30 malam.

Isteri Allahyarham, Wan Faridah Ahmad yang turut pulang dari rombongan di Turki kelihatan sugul ketika mengiringi jenazah yang dibawa dengan van jenazah PKNS.

Hadir sama Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datuk Mohd Azizi Mohd Zain dan Ketua Pegawai Operasi PKNS Norita Mohd Sidek.

Bapa Allahyarham, Miswan Sayuti dan ibunya, Rosnani Hamzah serta tiga anaknya turut berada di sisi jenazah sehingga selesai pengebumian.

Dalam kejadian pada 11.35 pagi waktu tempatan itu, Allahyarham Azalan maut selepas bas yang dinaiki bersama 34 rakyat Malaysia terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappodokya.

Seramai 10 lagi peserta rombongan itu cedera termasuk empat mengalami kecederaan serius.

Berita berkaitan

Jenazah Azalan akan dibawa pulang

'Bas terhuyung-hayang sebelum terbabas dan terbalik'

Identiti rakyat Malaysia maut di Turki dikenal pasti [METROTV]

[UPDATE] Empat rakyat Malaysia parah di Turki

[UPDATE] 'Saya doakan mereka selamat'

[UPDATE] PKNS tunggu maklumat kemalangan di Turki

1 maut, 10 cedera, nahas bas di Turki

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Oktober 2019 @ 10:16 PM