Mohd Sabran Md Sani dan Izlaily Nurul Ain Hussein


EMPAT remaja maut, satu parah selepas kereta dinaki terbabas dan melanggar bas awam di Lebuhraya Sultan Iskandar, Johor Bahru, hari ini.

Empat yang maut dikenal pasti sebagai Liew Hong Jun, 18; Danny Law Yen Pin, 18; Ng Qien, 18; Kenny Law Chin Shyuan, 16, manakala mangsa parah tidak diketahui identiti.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Rafiebin Ahmad Sareng berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.31 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta terbabas dan melanggar bas awam secara bertentangan.

"Kejadian itu mengakibatkan seorang lelaki parah dan empat lelaki disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan di Johor Bahru, hari ini.

Katanya, mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Mayat semua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Oktober 2019 @ 9:17 AM
MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan Bomba