AFP

PASUKAN Pengawal Revolusi Iran (IRGC) merampas kapal disyaki menyeludup minyak dan menahan 16 anak kapal warga Malaysia.

Media tempatan, IRIB melaporkan, pihak berkuasa merampas 1.3 juta liter bahan api yang diseludup dari kapal yang tidak dinamakan, 15 batu nautika dari pulau Abu Musa.

Brigadier Jeneral Ali Ozmayi dipetik berkata, 16 anak kapal berasal dari Malaysia ditangkap komander angkatan tentera IRGC wilayah itu.

Abu Musa adalah satu daripada tiga pulau di selatan Teluk yang berada di bawah kawalan Iran tetapi dituntut di bawah Emiriah Arab Bersatu.

Ozmayi berkata, penahanan kapal itu adalah yang keenam dirampas pihaknya.

September lalu, Iran menahan bot dan 12 kru Filipina ditangkap kerana menyeludup bahan api di Selat Hormuz. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Disember 2019 @ 8:29 AM