ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran dalam kejadian di Kampung Menara Pamilan, kelmarin.
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran dalam kejadian di Kampung Menara Pamilan, kelmarin.
Juwan Riduan


“SEPATUTNYA mereka bersama bapanya (Sudirman Hajar) pagi ini (semalam) pergi ke pekan Keningau untuk membeli kelengkapan sekolah dua anaknya.

“Tapi menyedihkan mereka ditemui rentung bersama ibu dan sepupu mereka,” kata ibu saudara, Hamisah Lapulo, 39, kepada Khatijah Omar yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Menara Pamilan tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah malam, tiga kanak-kanak Mohd Sakiran Sudirman, 11, Zahid, 9, dan Sapura berusia tiga tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang turut ditemui rentung iaitu Adira Suhaili, 12, anak saudara kepada Khatijah.

Adira Suhaili
Adira Suhaili

 PASUKAN bomba memadam kebakaran membabitkan kedai perabot di Donggongon, Penampang. FOTO Juwan Riduan
PASUKAN bomba memadam kebakaran membabitkan kedai perabot di Donggongon, Penampang. FOTO Juwan Riduan

Sementara suami Khatijah, Sudirman Hajar, 40, melecur di kepala, badan dan tangan dan kini menerima rawatan di Hospital Tenom.

Ketika ditemui di lokasi kejadian, Hamisah berkata, dia yang tinggal kira-kira satu kilometer dari kediaman anak saudaranya hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi abangnya.

“Saya terkedu apabila dimaklumkan salah seorang anak Khatijah ditemui rentung lalu bergegas ke lokasi kejadian. Sebaik tiba, kami dimaklumkan Khatijah dan dua anaknya serta seorang lagi ahli keluarga mereka juga meninggal dunia.

DARI kiri Zahid, Mohd Sakiran dan Sapura rentung dalam kebakaran di Kampung Menara Pamilan, Tenom.
DARI kiri Zahid, Mohd Sakiran dan Sapura rentung dalam kebakaran di Kampung Menara Pamilan, Tenom.

Khatijah
Khatijah

“Sudirman baru dua hari tiba di rumah mereka kerana bekerja di Semenanjung sebagai juruperunding binaan. Sepatutnya Sudirman membawa Khatijah bersama anaknya ke pekan Tenom untuk membeli kelengkapan sekolah dua anaknya iaitu Sakirin dan Zahid.

“Namun hasrat itu tidak kesampaian dan berakhir tragedi yang amat menyedihkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 6:06 AM