X
WAN Muhammad Hadiyyatullah Wan Mohd Hafiz Auri, 7, dipujuk ibunya, Norhayati Alias, 32, (kiri) dan guru pada hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3, Kota Bharu. FOTO Zaman Huri Isa.

BERNAMA

PELBAGAI gelagat murid Tahun Satu mewarnai hari pertama sesi persekolahan 2020 di empat negeri iaitu Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan, hari ini.

Ada yang menangis kerana ditinggalkan ibu bapa, tidur dalam kelas, malah tidak kurang ramai teruja berkenalan dengan rakan baharu, antara telatah sempat dirakamkan lensa jurugambar membuat tinjauan di sekolah di negeri berkenaan.

Menurut Takwim Penggal Persekolahan 2020, semua negeri itu dikategorikan sebagai Kumpulan A dan mengikut rekod lebih 130,000 murid Tahun Satu dan 106,391 pelajar Tingkatan Satu mula sesi persekolahan untuk keempat-empat negeri, hari ini.

MURID pra-sekolah, Muhammad Rayyan Muhammad Ramlan membawa botol susu ketika memulakan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Awana, Jalan Langgar, Alor Setar. FOTO Amran Hamid.
MURID pra-sekolah, Muhammad Rayyan Muhammad Ramlan membawa botol susu ketika memulakan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Awana, Jalan Langgar, Alor Setar. FOTO Amran Hamid.

Bagi negeri lain akan memulakan hari persekolahan esok.

Di Johor, mengikut Jabatan Pendidikan Negeri seramai 53,372 murid, 47,179 pelajar selain 20,590 kanak-kanak (prasekolah) memulakan persekolahan di 1,189 sekolah.

Sementara itu, di Kedah 60,000 murid memasuki Tahun Satu dan Tingkatan Satu di lebih 700 sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Dr Salmee Said berkata, hari pertama sesi persekolahan di semua sekolah itu berjalan lancar seperti dijadualkan.

IBU bapa menemani anak masing-masing pada hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Parit Bilal, Batu Pahat. FOTO Adi Safri.
IBU bapa menemani anak masing-masing pada hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Parit Bilal, Batu Pahat. FOTO Adi Safri.

Di Terengganu, seramai 21,595 murid dan 18,178 pelajar memulakan sesi persekolahan.

Pengarah Pendidikan negeri, Salim Ab Ghani berkata secara keseluruhan jumlah murid sekolah adalah 128,609 manakala 96,956 pelajar.

Katanya, pada tahun ini, 22,533 guru berkhidmat di seluruh sekolah di Terengganu.

Di Kelantan, 27,900 murid dan 11,034 pelajar memasuki persekolahan iaitu sebahagian daripada 267,893 murid dan pelajar bagi sesi persekolahan di 418 sekolah rendah dan 177 sekolah menengah, tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 8:38 PM
Digital NSTP Subscribe