X
SYAHRIN dibantu Siti Lailah.
SYAHRIN dibantu Siti Lailah.
Syaherah Mustafa


BERGELAR orang kurang upaya (OKU) tidak bermakna boleh goyang kaki dan mengharapkan bantuan semata-mata.

Atas dasar itu, Syahrin Naim Mohd Salleh, 40, yang dilahirkan tanpa kedua-dua kaki sehingga paras paha membuktikan kecacatan bukan halangan untuk berjaya.

Berpengalaman sebagai tukang jahit pakaian wanita, langsir dan cadar, kini Syahrin Naim bergelar penternak kambing berjaya.

Menurutnya, dia berkecimpung dalam bidang penternakan kambing sejak dua tahun lalu dengan modal RM500 selepas berpindah dari Kedah.

“Sebelum ini, banyak pekerjaan yang saya lakukan, termasuk menghias meja beradab dan menerima tempahan katering majlis keraian.

SYAHRIN menunjukkan hasil susu kambing yang diperolehnya untuk dijual kepada pelanggan.
SYAHRIN menunjukkan hasil susu kambing yang diperolehnya untuk dijual kepada pelanggan.

“Saya akan berusaha selagi mampu dan tidak mengambil kesempatan atas kekurangan diri untuk meminta sedekah dan mengharapkan bantuan,” katanya di rumahnya di Kampung Padang Pohon Tanjung, Pasir Pekan di sini, semalam.

Syahrin Naim mengakui tidak kekok, sebaliknya cekap menguruskan ternakannya termasuk mencuci kandang dan memberi makan kambing sendirian.

SYAHRIN memberi makan rumput kepada ternakannya.
SYAHRIN memberi makan rumput kepada ternakannya.

Bagaimanapun, katanya, kadang-kala dia dibantu isteri, Siti Lailah Mat Hussin, 35, jika berkelapangan.

“Sebelum ini, abang sudah membina kandang di kawasan lapang sebelah rumah kami, jadi saya hanya mengeluarkan modal membeli dua kambing.

“Kambing yang saya pelihara ini dijual pada harga RM450 dan RM1,500 seekor,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 6:36 AM