KEADAAN wombat berkenaan. - FOTO Agensi
KEADAAN wombat berkenaan. - FOTO Agensi
Agensi

MEMILUKAN apabila kelibat wombat yang melecur dan kelaparan dilihat di jalan selepas kebakaran hutan di Australia.

DailyMail melaporkan seorang lelaki, Michael Richardson melihat haiwan berkenaan ketika dia menunggang basikal berhampiran Kulnura, di New South Wales Central Coast, pada Ahad.

Dia berkata, dia membantu haiwan itu minum dari botol airnya sebelum merekodkan kejadian itu.

“Ia berada dalam keadaan keliru dan cuba untuk mencari makanan di tepi jalan,” katanya, seperti yang diberitahu kepada PA.

Menurutnya, keadaan haiwan itu menyayat hati kerana sebahagian badannya melecur.

Satu imej dari Batlow, New South Wales pula menunjukkan ratusan haiwan terbunuh akibat kebakaran berkenaan.

BANGKAI haiwan di sepanjang jalan. - FOTO Facebook
BANGKAI haiwan di sepanjang jalan. - FOTO Facebook

Prof Chris Dickman, dari Universiti Sydney, menganggarkan 480 juta haiwan terkorban, di New South Wales, sejak kebakaran itu.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak angkanya mungkin jauh lebih tinggi.

Bangkai haiwan yang terbakar dapat dilihat sepanjang jalan menghala bandar kecil, Batlow di New South Wales.

Ia menjadi antara kawasan paling terjejas akibat kebakaran berkenaan.

Sementara itu, separuh daripada populasi beruang koala di Pulau Kangaru di selatan Adelaide, juga dipercayai terbakar.

Pemilik bersama Pusat Perlindungan Hidupan Liar Pulau Kanggaru, memberitahu Guardian bahawa terdapat 50 koala yang cedera di tempatnya.

“Sekurang-kurangnya, satu pertiga daripada koala yang dibawa ke sini terpaksa dimatikan dengan suntikan,” katanya.

Kebakaran itu turut menyebabkan 25 orang terkorban dan memusnahkan hampir 2,000 kediaman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 January 2020 @ 6:05 AM