X
MAHYUDIN (kanan) bersama Suhana (kiri) dan Yaya (tengah). FOTO FB Baa Azhar
MAHYUDIN (kanan) bersama Suhana (kiri) dan Yaya (tengah). FOTO FB Baa Azhar
Ahmad Rabiul Zulkifli


“SAYA mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau (Yaya) atas sebab memperlihatkan keakraban di antara mereka berdua yang sangat rapat,” kata Mahyudin Noral Azhar, 35, atau turut dikenali sebagai Baa, menerusi hantaran di Facebook (FB) miliknya.

Mahyudin adalah suami kepada Suhana Hamzah, 34, wanita yang mendakwa Haziqah Nurul Huda Harun, 23, atau lebih dikenali Yaya, bercinta dengan suaminya di media sosial.

Sebagai maklum balas terhadap hantaran isterinya yang dikenali sebagai Hanna Baa di media sosial itu, Mahyudin ketika dihubungi Harian Metro mengakui berkawan rapat dengan Yaya dan mahu memperisterikannya, namun tidak dipersetujui Suhana.

Dia yang dihubungi meminta Harian Metro merujuk hantaran yang dimuat naik menerusi di FB miliknya, Baa Azhar, kira-kira 9 pagi, hari ini.

Menerusi hantaran di FB miliknya itu, Mahyudin mengakui selesa melihat keikhlasan Yaya yang banyak membantu menaikkan perniagaannya menyebabkan dia berhasrat mengahwini pengusaha kuih bakul itu.

“Saya akui setelah mengenali beliau (Yaya) beberapa tahun lepas bagi mengendalikan perniagaan bersama. Setelah beberapa lama mengenali beliau, saya mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau.

“Saya telah meminta keizinan beliau (isteri) untuk memperisterikan Yaya dan atas dasar beberapa sebab yang berlaku, termasuklah hasutan orang sekeliling, beliau tidak membenarkan kami untuk disatukan.

“Oleh demikian saya juga tidak melakukan sebarang perkahwinan seperti yang diviralkan (ditularkan),” katanya dalam hantaran itu.

Mahyudin berkata, dia dan Suhana masih suami isteri, justeru kenyataan yang dikeluarkan berkaitan perceraiannya juga tidak benar.

“Untuk makluman, saya dan juga isteri masih sah dalam ikatan sebagai suami isteri. Bagi kenyataan berkaitan perceraian kami, itu adalah tidak benar.

“Sebagai suami, tanggungjawab saya terhadap beliau sama sekali tidak pernah diabaikan sama juga terhadap anak.

“Bagi isu saya memukul atau mengabaikan beliau (isteri) adalah tidak benar sama sekali, saya masih melayan beliau sama. Saya tidak mengabaikan mana-mana tanggungjawab dari segi zahir dan batin.

“Saya masih menyayangi beliau dan tidak terlintas untuk melepaskan beliau seperti mana yang diviralkan,” katanya.

Menurutnya, dia sudah tidak aktif di FB sejak tiga bulan lalu, namun kerana terlalu banyak pertanyaan mengenai isu yang ditularkan, dia terpaksa membuat hantaran itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya mohon netizen (warganet) berhenti dan tidak lagi memperbesarkan atau masuk campur urusan kami dalam berumahtangga.

“Bagi isu yang diviralkan beberapa hari ini, saya mohon maaf atas sebarang silap faham dan tindakan mana-mana pihak yang mungkin terasa hati atau mungkin menjatuhkan imej pihak berkaitan kes tersebut,” katanya.

Media sosial semalam kecoh apabila seorang ibu kepada tiga anak mendakwa suaminya dirampas oleh usahawan kuih bakul berstatus halal di Kemaman yang terkenal dengan panggilan Yaya.

Menerusi akaun FB Hanna Baa, wanita itu mendakwa Yaya yang dianggap seperti adiknya sendiri bercinta seterusnya berkahwin secara senyap dengan suaminya di Thailand pada 6 Januari, baru-baru ini.

Berita berkaitan

'Hikmah jatuh di Tanah Suci'

Saya ada bukti - Hanna

Yaya nafi kahwin

'Yaya Tokoh OKU Maal Hijrah Terengganu'

'Kuih bakul Yaya lebar empayar'

'Alhamdulillah, rezeki Yaya bertambah'

Haziqah kuih bakul 'terbaik'

'Yaya gadis kuih bakul'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 January 2020 @ 12:04 PM
Kabinet Malaysia 2020