EMPAT pelajar PSMZA yang lemas di Pantai Sura Tengah. FOTO Rosli Ilham
EMPAT pelajar PSMZA yang lemas di Pantai Sura Tengah. FOTO Rosli Ilham


SEKUMPULAN burung camar laut yang bermain di tengah laut di kawasan Pantai Sura Tengah membawa penunjuk pertemuan dua mayat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun, hari ini.

Penduduk Kampung Sura, Mat Razali Hassan, 60, berkata, kumpulan burung itu muncul selepas penemuan mayat pertama, Muhamad Zul Fahmi Zuki, 21, yang ditemui terdampar di pantai itu, 7.30 pagi.

"Selepas mendapat laporan penemuan mayat itu, saya ke pantai dan berbual dengan seorang rakan sebelum ternampak sekumpulan burung bermain kira-kira dua kilometer dari darat.

“Beberapa jam selepas itu saya ternampak bot pasukan mencari dan menyelamat meronda di kawasan sebelum terjumpa dengan mayat kedua," katanya.

Menurutnya, kemungkinan burung yang bermain di kawasan itu sudah ternampak mayat.

"Selepas penemuan mayat kedua, saya mendapat tahu mayat ketiga juga dijumpai di sekitar kawasan sama," katanya.

Razali berkata, dia bersyukur apabila dimaklumkan mangsa lemas itu ditemui.

Dalam kejadian 17 Januari lalu, empat pelajar PSMZA, Muhamad Zul Fahmi, Mohamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, 21, lemas ketika mandi di Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan, kira-kira 6.30 petang.

Mayat Muhamad Zul Fahmi ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 7.30 pagi diikuti Muhammad Ikhwan jam 11.35 pagi, Mohamad Luqman Hakim Al Rashid ditemui 12.10 tengah hari dan mayat terakhir, Mohamad Amir ditemui jam 3 petang ini.

Berita berkaitan

Mangsa terakhir ditemui di tengah laut

Tanda lahir di pinggul sahkan mangsa ketiga [METROTV]

Mangsa lemas kedua ditemui

Seorang jumpa, tiga lagi masih hilang

Empat penuntut PSMZA belum ditemui

'Mangsa mungkin dah hanyut lebih jauh'

'Petanda kain pelikat koyak'

'Kes lemas kedua babitkan penuntut PSMZA'

'Kereta terbabas teringat anak'

'SAR empat penuntut PSMZA diteruskan'

'Mohamad Amir mahu wakil negara - Guru silat'

'[UPDATE] Terpisah dipukul ombak'

'4 penuntut politeknik dikhuatiri lemas [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 January 2020 @ 6:23 PM