PENGARAH muzik Faizal Uzir atau Lok-U meninggal dunia, hari ini. FOTO NSTP
PENGARAH muzik Faizal Uzir atau Lok-U meninggal dunia, hari ini. FOTO NSTP
Ridzuan Abdul Rahman


PENGARAH muzik Faizal Uzir, 46, atau dikenali sebagai Lok-U meninggal dunia selepas pulang dari joging di rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan kira-kira 10 pagi, hari ini.

Difahamkan, sebaik tiba di rumah, Allahyarham mengalami sesak nafas sebelum rebah.

Isterinya, Jamariah Yusof kemudian menghubungi ambulans dan Faizal dibawa ke Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah kini berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat sebelum dibawa pulang ke rumahnya, hari ini.

Allahyarham meninggalkan empat anak iaitu Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Lok-U antara pemuzik disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan Allahyarham sering diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Muzik dalam pelbagai program realiti di stesen TV.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 January 2020 @ 12:35 PM