PEKERJA stesen minyak memberi penutup mulut kepada pelanggan di Chongqing, Wuhan. FOTO AFP
PEKERJA stesen minyak memberi penutup mulut kepada pelanggan di Chongqing, Wuhan. FOTO AFP
Noor Atiqah Sulaiman


CHINA mengenakan perintah kuarantin kepada rakyatnya di wilayah Wuhan susulan penularan wabak koronavirus atau dikenali sebagai 2019 n-CoV.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam ciapan di Twitter berkongsi perkara berkenaan dengan memaklumkan 11 juta penduduk di daerah terbabit tidak dibenarkan keluar.

Menurut perkongsian kementerian berkenaan, semua pengangkutan awam seperti bas, subway dan feri dihentikan sementara bermula 10 pagi 23 Januari.

Selain itu, lapangan terbang turut ditutup dan semua penerbangan dari Wuhan dibatalkan.

Terdahulu media melaporkan sehingga kini sebanyak sembilan orang maut akibat virus itu dan 400 lagi dilaporkan dijangkiti virus berkenaan.

Sebelum ini, pihak berkuasa China melaporkan, wabak koronavirus yang bermula di Wuhan kini sudah mula merebak ke wilayah lain termasuk Beijing dan Shanghai.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 4:36 PM