JURURAWAT dari Klinik Kesihatan Rantau Panjang membuat pemeriksaan Influenza keatas orang ramai yang masuk ke Kelantan di Pintu Masuk Antarabangsa di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan. FOTO FATHIL ASRI.
Muhaamad Hafis Nawawi


MALAYSIA menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan, e-visa dan visa manual kepada rakyat China dari Wuhan, Wilayah Hubei dan kelilingnya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia berkuatkuasa serta merta selepas selepas mengambil kira perkembangan terkini wabak koronavirus baharu di China, khususnya di Wilayah Hubei itu.

Menurutnya, kemudahan imigresen ini akan diberikan semula selepas keadaan kembali normal.

“Wisma Putra akan menyelaras pelaksanaan keputusan ini bersama pihak Kerajaan China.

“Kerajaan mengingatkan kepada semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan koronavirus baharu ini hingga boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum,” katanya.

Kata kenyataan media itu lagi, sejak wabak ini bermula di China minggu lalu, kerajaan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO) dan mendapat nasihat pakar untuk menghadapi dan membendung jangkitan ini dari merebak dengan meluas.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 5:04 PM