LOKASI kejadian kanak-kanak dibunuh bapa saudaranya di Felda Cherul 2 hari ini. IHSAN TV3
Muhaamad Hafis Nawawi


KANAK-kanak perempuan berusia tiga tahun dibunuh bapa saudaranya di Felda Cherul 2, Kemaman, Terengganu hari ini.

Kejadian berlaku 1 tengah hari tadi.

Suspek berusia 26 tahun dipercayai penagih dadah dan pesakit mental ditangkap 4 petang tadi.

Menurut sumber, suspek menggunakan pisau pemotong sayur bertindak menikam mangsa di dada.

Mayat kanak-kanak malang itu dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Difahamkan proses bedah siasat akan dibuat 9 pagi esok.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian itu berkata, suspek berjaya ditahan 4 petang tadi.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 7:17 PM