X
NUR Sajat bersama keluarga. FOTO Ihsan Instagram Nur Sajat.
NUR Sajat bersama keluarga. FOTO Ihsan Instagram Nur Sajat.


USAHAWAN sensasi Nur Sajat mengakui sudah mula rindu untuk kembali bertandang ke Tanah Suci selepas menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya baru-baru ini.

Sajat berkata, dia akan kembali ke Makkah dan Madinah jika mendapat kesempatan peluang lagi.

“Rindunya aku di sana. Insya-Allah akan sampai aku sekali lagi. Amin,” katanya ringkas di Instagram Story.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Sajat bagi mendapatkan beberapa pencerahan mengenai penampilannya ketika mengerjakan umrah serta kontroversi yang berlaku gagal.

Terdahulu agensi pelancongan yang membawa Sajat dan keluarga menunaikan umrah, iaitu Albayttravel Sdn Bhd teruk dikecam netizen apabila membiarkan usahawan itu berpenampilan wanita ketika berada di Tanah Suci memandangkan status jantinanya yang masih diragui.

Bagaimanapun agensi terbabit tampil menafikan tuduhan warganet sebaliknya menjelaskan, pihaknya hanya membantu mempermudahkan proses umrah dibuat kerana sudah menyarankan jemaah supaya mengikut garis panduan ditetapkan.

Difahamkan sepanjang pelepasan Sajat bersama rombongan umrahnya ke Tanah Suci mengikut garis panduan ditetapkan, namun sebaliknya berlaku apabila tiba di sana.

Berita berkaitan:

Agensi pelancongan lapor konsulat

Sajat syukur dapat buat umrah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Februari 2020 @ 2:23 PM