NUR Sajat (tengah berdiri) ketika melakukan umrah di Tanah Suci. FOTO Instagram
NUR Sajat (tengah berdiri) ketika melakukan umrah di Tanah Suci. FOTO Instagram
Raja Noraina Raja Rahim


KES ahli perniagaan, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Nur Sajat yang membuat hantaran di media sosial dengan berpakaian wanita ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata, ia berikutan bidang kuasa membabitkan media sosial di bawah suruhanjaya berkenaan.

Menurutnya, beliau sudah mengambil inisiatif membuat aduan rasmi dan berbincang dengan SKMM mengenai tindakan terhadap Muhammad Sajjad.

“Masih ada yang bertanya apa tindakan saya, namun perlu difahami bidang kuasa membabitkan media sosial dan berkaitannya adalah di bawah SKMM.

“Kita kena lihat keadaan dan bagaimana perbuatan itu dibuat. Muhammad Sajjad memakai pakaian wanita, berlagak seperti wanita dan perbuatan itu adalah salah di sisi agama.

“Bagaimanapun, perbuatan itu dilakukan di luar negara, dia tidak terikat dengan undang-undang di negara kita,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Mujahid dilaporkan berkata, pihaknya akan membuat penilaian terlebih dahulu sebelum menentukan sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang atau memberi nasihat terhadap Muhammad Sajjad.

Terdapat tiga perkara asas yang akan dinilai sebelum sebarang tindakan diambil terhadap Muhammad Sajjad iaitu mengurangkan kerisauan orang ramai, isi kandungan yang dimuat naik di media sosial dan ia perlu menghormati landasan budaya syariat.

NUR Sajat cium Kaabah.
NUR Sajat cium Kaabah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Februari 2020 @ 10:52 PM
Digital NSTP Subscribe