Saiful Affendy Sapran


SELEPAS 20 tahun, penjaga gol utama skuad hoki negara, S Kumar akhirnya mengumumkan persaraannya dari pentas antarabangsa.

Dilabel penjaga gol terbaik negara serta antara yang terbaik di dunia, atlet berusia 40 tahun itu membuat pengumuman berkenaan pada sidang media hari ini yang turut dihadiri Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal.

Jelas Kumar, berat untuknya mengumumkan persaraannya itu selepas sekian lama beraksi bersama skuad negara.

Bekas penjaga gawang hoki skuad kebangsaan, S. Kumar umum persaraan dari bermain hoki. FOTO Owee Ah Chun
Bekas penjaga gawang hoki skuad kebangsaan, S. Kumar umum persaraan dari bermain hoki. FOTO Owee Ah Chun

Dia juga berasa terkilan kerana gagal beraksi di Sukan Olimpik, satu-satunya kejohanan yang tidak pernah disertainya.

Kumar membuat penampilan pertama pada Sukan Sea Brunei 1999 dan mengumpul keseluruhan 321 kap.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 12:47 PM
Digital NSTP Subscribe