MAYAT tiga beranak dihantar ke bilik mayat. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
MAYAT tiga beranak dihantar ke bilik mayat. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman

TIGA beranak ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Seng Kee, Sandakan, hari ini.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Afikah Sulaiman, 20, dan dua anaknya Nurul Katrishah Aiman, 3, dan Mohd Sharil Aiman, 12 bulan.

Manakala bapa mangsa melecur di siku.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.34 pagi lalu menghantar lebih 18 anggota ke lokasi kejadian.

“Pada 7.36 pagi, api berjaya dikawal seterusnya pemeriksaan mendapati terdapat tiga mangsa rentung.

“Jenazah sudah dikeluarkan dari lokasi kejadian dan dihantar ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

“Maklumat awal mendapati kira-kira 30 buah rumah musnah,” katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi tamat sepenuhnya pada 10.31 pagi.

Berita berkaitan:

  • Setinggan terbakar, ada penduduk terkorban
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 12:43 PM
    Digital NSTP Subscribe