ANWAR Ibrahim bersama Wan Azizah tiba di Ibu Pejabat Keadilan di Petaling Jaya. FOTO Eizairi Shamsudin
ANWAR Ibrahim bersama Wan Azizah tiba di Ibu Pejabat Keadilan di Petaling Jaya. FOTO Eizairi Shamsudin
Wartawan NSTP

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kemelut politik tanah air yang berlaku ketika ini.

Ditemui media di pekarangan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini Anwar berkata, perjumpaan beliau dan Dr Mahathir pagi tadi berjalan dengan baik.

“Baru (pulang) dari rumah Dr Mahathir. Bincang beberapa perkara. Saya puas hati dengan pendirian dia bahawa prinsip harus kita utamakan. Agenda ‘reform’ harus diteruskan,” katanya.

Hadir mengiringi beliau, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, semua pihak tidak seharusnya tunduk dengan gerombolan kecil pemimpin yang mahu mengkhianati amanah rakyat dalam pilihanraya lalu.

“Itu yang saya boleh sebut setakat ini. Mesyuarat (perjumpaan) yang sangat baik.

“Saya terkesan dengan sikap dan pendirian beliau tentang perubahan dilakukan, tidak bahawanya tunduk kepada gerombolan yang mahu merampas kuasa tanpa menetap agenda perubahan,” katanya.

Anwar kini sedang mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 1:17 PM
    Digital NSTP Subscribe