Wartawan NSTP


"PERTEMUAN berlangsung dengan penuh emosi," kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merujuk kepada pertemuan beliau dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, pagi tadi.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan ditemui wartawan sebaik tiba di ibu pejabat parti itu di Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada 1.20 tengah hari bersama isterinya.

Ketibaan beliau disambut lebih 20 wakil media yang terus mengerumuninya.

Beliau sempat diajukan soalan oleh pemberita apakah intipati perjumpaan dengan Dr Mahathir pagi tadi sebelum masuk ke dalam bangunan.

Terdahulu, beliau bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Amanah Mohamad Sabu berada di kediaman Perdana Menteri untuk berbincang mengenai keadaan politik semasa.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 1:51 PM
    LIM Guan Eng hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP. FOTO Hairul Anuar Rahim
    LIM Guan Eng hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP. FOTO Hairul Anuar Rahim