ANGGOTA forensik bomba menyiasat lokasi kebakaran di Kampung Bandau, Membakut, Beaufort menyebabkan tujuh sekeluarga rentung, hari ini. FOTO RAFIQAH DAHALI.
ANGGOTA forensik bomba menyiasat lokasi kebakaran di Kampung Bandau, Membakut, Beaufort menyebabkan tujuh sekeluarga rentung, hari ini. FOTO RAFIQAH DAHALI.
Rafiqah Dahali


“SAYA mendengar suara wanita meminta tolong, tetapi tidak berupaya untuk membantu,” kata Halimah Salleh.

Halimah, 50, adalah saksi kebakaran rumah yang menyebabkan tujuh beranak rentung di Kampung Bandau, Membakut, Beaufort, hari ini.

Suri rumah itu berkata, dia terjaga dari tidur awal pagi tadi apabila mendengar bunyi letupan kuat sebelum menyedari api sedang marak.

“Saya terjaga sekitar 1.15 pagi apabila mendengar bunyi letupan kuat, kemudian saya dapati rumah sebelah terbakar dan api begitu besar.

“Saya mendengar suara wanita yang dirasakan isteri kepada tuan rumah itu meminta tolong. Tetapi apakan daya saya tidak mampu berbuat apa-apa.

“Melihat api besar sebegitu, anak lelaki saya, Arianto Amal segera menghubungi bomba. Sehingga kini, bila saya lihat rumah itu, saya tidak dapat menahan air mata.

“Suara meminta tolong itu masih jelas kedengaran di telinga saya sehingga kini,” katanya ketika ditemui NSTP.

Sementara itu, Arianto, 29, berkata dia menghubungi bomba apabila melihat api marak di rumah terbabit.

“Sementara menunggu bomba sampai, saya dan orang kampung berusaha memadamkan api. Tapi semuanya sudah terlambat,” katanya.

Terdahulu, tujuh sekeluarga rentung selepas rumah kayu didiami mereka musnah dalam kebakaran itu.

Ketua keluarga terbabit parah dan dirawat di Hospital Beaufort bersama anak sulung serta seorang anak saudaranya.

Berita berkaitan

'7 beranak rentung: Ketua keluarga parah [METROTV]'

'Identiti tujuh beranak rentung dikenal pasti'

'Tujuh sekeluarga rentung'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Februari 2020 @ 1:12 PM