DR Mahathir ketika keluar dari Ibu Pejabat Parti Bersatu selepas mesyuarat MPT Bersatu di Menara Yayasan Selangor, 23 Februari lalu. FOTO ASWADI ALIAS.
DR Mahathir ketika keluar dari Ibu Pejabat Parti Bersatu selepas mesyuarat MPT Bersatu di Menara Yayasan Selangor, 23 Februari lalu. FOTO ASWADI ALIAS.
Yusmizal Dolah Aling


PERDANA Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya.

“Perkembangan lain akan dimaklumkan nanti,” kata Marzuki.

Isnin lalu, selain meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu.

Kenyataan rasmi mengenainya dikeluarkan Pejabat Pengerusi Bersatu dan peletakan jawatan beliau dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Februari 2020 @ 1:09 PM