Hafidzul Hilmi Mohd Noor


PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang perbincangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menubuhkan kerajaan tidak lagi berbangkit.

Menurutnya, beliau tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan Dr Mahathir.

“Kami masih Pakatan Harapan (PH) dan dia sudah meninggalkan PH,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan berbincang dengan Dr Mahathir berhubung penubuhan kerajaan baharu.

ANWAR Ibrahim bersama isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di kediaman di Bukit Segambut. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
ANWAR Ibrahim bersama isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di kediaman di Bukit Segambut. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

Mengulas berhubung penyertaan semula Bersatu di dalam PH, Anwar berkata, perkara itu akan berubah mengikut masa.

Menurutnya, keputusan Dr Mahathir untuk menjadi Pengerusi Bersatu semula adalah haknya.

Terdahulu, beliau hadir bersama pimpinan utama PKR, DAP dan Amanah bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PH.

Namun, sehingga kini masih belum diketahui tujuan mesyuarat dan isu yang dibincangkan.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Februari 2020 @ 4:03 PM