Laporan Portal Harian Metro
Laporan Portal Harian Metro
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


ISTERI juara program Da’i yang ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati di Kuala Lumpur selepas dipercayai menipu seorang pelanggan akan didakwa esok.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan berkenaan.

Menurutnya, wanita terbabit akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, esok.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Portal Harian Metro sebelum ini melaporkan, wanita terbabit ditahan polis semalam selepas menipu pelanggannya.

Sumber berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditahan berikutan laporan polis dibuat mangsa Oktober tahun lalu.

“Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.

“Mangsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek.

Berita berkaitan:

  • Isteri juara program Da'i ditahan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2020 @ 5:14 PM