PRAMUGARI Malaysia Airlines memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga berikutan gelombang kedua penularan Covid-19 di KLIA, Sepang, semalam.
PRAMUGARI Malaysia Airlines memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga berikutan gelombang kedua penularan Covid-19 di KLIA, Sepang, semalam.
Raja Noraina Raja Rahim


GELOMBANG kedua wabak Covid-19 terus menyaksikan peningkatan kes apabila 10 lagi individu dikesan positif, semalam.

Kes baharu itu menjadikan keseluruhan kes jangkitan di negara ini sebanyak 93 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes itu adalah kontak rapat kepada kes ke-33 yang mana empat daripadanya generasi pertama kontak rapat manakala enam generasi kedua.

“Mereka dikesan melalui aktiviti pengesanan kontak dan sudah dimasukkan ke hospital bagi isolasi dan rawatan selanjutnya.

“Hasil siasatan terhadap kontak rapat kepada kes ke-26 mendapati satu kluster jangkitan Covid-19 berkait dengan kes ke-33,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 132 kontak rapat dikenal pasti berkait dengan kes itu yang mana 18 daripada dikesan positif dan masih menerima rawatan serta dilaporkan stabil.

“Seramai 38 kontak rapat lagi negatif dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah untuk tempoh 14 hari.

” Keputusan makmal bagi 76 lagi kontak rapat masih belum diperoleh namun mereka dilaporkan sihat dan diletakkan di bawah perintah pengawasan.

ORANG ramai memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga gelombang kedua penularan COVID-19 ketika tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. FOTO AIZUDDIN SAAD
ORANG ramai memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga gelombang kedua penularan COVID-19 ketika tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. FOTO AIZUDDIN SAAD

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat bagi mengenal pasti punca jangkitan dan seterusnya mencegah penularan,” katanya.

Selain itu, katanya, kes ke-78 dilaporkan kelmarin mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia selama tujuh hari bermula 13 sehingga 19 Februari lalu.

Beliau berkata, sebanyak 67 kontak rapat dikesan dan diambil sampel serta diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.

Tambah beliau, sehingga semalam, 432 sampel kes sporadik dan kes tempatan yang mempunyai kontak dengan kes positif diuji namun setakat ini tiada sampel dikesan positif Covid-19.

KEADAAN persekitaran Jonker Walk yang ramai pelancong ,namun hari ini situasi terbabit berbeza kesan COVID -19. FOTO NAZRI ABU BAKAR
KEADAAN persekitaran Jonker Walk yang ramai pelancong ,namun hari ini situasi terbabit berbeza kesan COVID -19. FOTO NAZRI ABU BAKAR

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mac 2020 @ 8:01 AM