JACKIE Wong pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi.
JACKIE Wong pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi.
Ferzalfie Fauzi


ATLET baling tukul besi negara, Jackie Wong sah positif Covid-19 dan kenyataan lanjut mengenai perkara berkenaan akan dikeluarkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, buat masa ini mereka enggan mengulas lanjut dan menunggu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengeluarkan kenyataan.

"Tunggu menteri umumkan nanti," katanya ketika dihubungi Arena Metro sebentar tadi. Sementara itu, Jackie pula enggan memberi sebarang komen dan mahu perkara berkenaan diumumkan sendiri MSN serta KBS.

Jackie adalah pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi dengan jarak 68.22 meter.

Tahun lalu saja dia berjaya memecahkan rekod kebangsaan sebanyak empat kali, iaitu dua kali ketika beraksi di Kejohanan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Terbuka Korea Selatan dan Kejuaraan Olahraga Asia.

Dia meraih pingat perak ketika di Sukan SEA Filipina tahun lalu, manakala ketika temasya yang sama di Kuala Lumpur dia berjaya menggondol emas.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2020 @ 2:08 PM