X
GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan satu kes kematian koronavirus baharu (Covid-19) dalam negara, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pelaporan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 15 kes sehingga kini.

Menurutnya, kes kematian ke-15 adalah dari kes ke 1,519 iaitu lelaki tempatan berusia 71 tahun berasal dari Melaka.

“Dia disyaki mempunyai kontak dengan kes positif Covid-19, kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling.

“Dia mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.35 pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 2:37 PM
    Digital NSTP Subscribe