RAKYAT Malaysia tiba di KLIA menerusi penerbangan khas. FOTO ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
RAKYAT Malaysia tiba di KLIA menerusi penerbangan khas. FOTO ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Amir Abd Hamid


SERAMAI 81 rakyat Malaysia yang dibawa dari Itali dengan penerbangan khas AirAsia D7683 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi hari ini.

Mereka kemudian dibawa ke pusat kuarantin di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Nilai, Negeri Sembilan yang diselia Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Misi keempat negara itu adalah usaha Malaysia membawa pulang rakyat yang terkandas di luar negara ketika penularan Covid-19 melanda dunia.

Sebelum ini dua misi berjaya dilakukan dari Wuhan, China dan satu misi dari Iran.

Itali kini mendahului kematian tertinggi dunia dengan rekod seramai 6,820 maut akibat Covid-19 selain di tempat kedua kes positif sebanyak 69,176 kes di belakang China.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 11:26 AM
    Digital NSTP Subscribe