GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Suraya Roslan


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kematian ke-21 akibat Covid-19, hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) membabitkan kes ke-1588 iaitu warga Malaysia berusia 63 tahun.

“Mangsa yang mempunyai sejarah penyakit kronik adalah peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

“Beliau mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac lalu dan hasil ujian pengesahan Covid-19 didapati positif dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, ketika dalam rawatan, kesihatan mangsa merosot dan disahkan meninggal dunia pada jam 4 pagi, hari ini.

“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 12:11 PM
    Digital NSTP Subscribe