KAMARULZAMAN Ayub, 55 bersama ahli keluarganya menyaksikan siaran langsung pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Perumahan KTMB Lengkok Bangsar. FOTO Aswadi Alias
KAMARULZAMAN Ayub, 55 bersama ahli keluarganya menyaksikan siaran langsung pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Perumahan KTMB Lengkok Bangsar. FOTO Aswadi Alias
Wartawan HM

“KERAJAAN ini mungkin bukan kerajaan yang anda undi. Tetapi saya mahu anda semua tahu bahawa kerajaan ini mengambil berat terhadap anda,” kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum mengakhiri pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) hari ini.

Rayuan beliau menyentuh perasaan ramai kerana mahu rakyat bersama-sama dengan kerajaan menangani krisis wabak Covid-19 yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Kita adalah sebuah negara yang berperang dengan kekuatan yang tidak terlihat. Kita berdepan dengan situasi yang tidak pernah dihadapi sebelumnya. Saya terima hakikat bahawa saya menjadi Perdana Menteri anda bukan pada masa yang baik. Saya berdepan krisis politik, ekonomi dan kesihatan pada masa yang sama,” katanya.

Beliau berkata, situasi ini memerlukan pelaksanaan langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

“Jadi kepada saudara-saudari saya sekalian, dan anak-anak kepada negara tercinta ini, sama ada anda Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, orang asal, tolonglah saya dan rakan-rakan di Kabinet dan kerajaan.

“Kami tidak sempurna, tetapi kami akan melakukan yang terbaik untuk mengatasi krisis ini secara bersama, sebagai sebuah negara. Insya-Allah, kita akan lebih kuat apabila krisis ini berakhir dan semua isu selesai. Insya-Allah.

“Saya minta sokongan daripada saudara dan saudari sekalian, marilah kita berganding bahu mengharungi krisis ini bersama-sama,” katanya.



Berita Berkaitan:

  • Tiada golongan tercicir - PM

  • 1GB Internet percuma setiap hari sepanjang PKP

  • Saringan Covid-19 di hospital swasta ringankan beban KKM

  • Ringankan gelisah rakyat - Anwar

  • Makcik Kiah trending di media sosial

  • Pakej bantuan terbaik sepanjang karier - Azlan Man

  • Elaun khas RM200 bukti keprihatinan kerajaan

  • Sujud syukur terima bantuan PRIHATIN

  • 'Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit' [METROTV]

  • 4 juta isi rumah dapat bantuan tunai RM1,600 [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 5:48 PM