X
Gambar hiasan
Gambar hiasan
Essa Abu Yamin


KANAK-KANAK perempuan berusia empat tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, pada 7.15 pagi, hari ini, dipercayai didera pengasuhnya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, susulan kejadian itu, wanita berusia 33 tahun yang juga pengasuh kepada kanak-kanak bersama suaminya berusia 41 tahun ditahan.

“Hasil siasatan awal, selain penderaan terhadap kanak-kanak perempuan itu, abang mangsa yang berusia enam tahun dipercayai turut didera berdasarkan kesan lebam pada badannya.

“Polis berjaya menyelamatkan abang mangsa dan kini mendapatkan rawatan di HSNI. Pemeriksaan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31(1), Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Difahamkan, ibu kepada dua kanak-kanak berkenaan yang juga ibu tunggal menyerahkan anaknya kepada pengasuh terbabit untuk dijaga kerana bekerja.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2020 @ 9:48 PM