Nor ‘Asyikin Mat Hayin


“LUKISAN ini sebagai tanda penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, di atas kesungguhannya memerangi Covid-19,” kata Odiliawati Yusop, 28.

Odiliawati dari Debak, Sarawak melukis potret wajah Noor Hisham di pipi kanannya Khamis lalu, sebelum memuat naik rakaman lukisan itu dalam Facebook miliknya.

Malah jurusolek artistik itu turut melukis gambar tiga petugas barisan hadapan perubatan memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) di bahagian mulutnya sebagai tanda terima kasih kepada mereka.

RINA (kiri) menyerahkan replika cek kepada Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Badrul Huzaini Mohd Yusof (kanan) sambil diperhatikan Shahaniza (tengah). FOTO Farizul Hafiz Awang
RINA (kiri) menyerahkan replika cek kepada Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Badrul Huzaini Mohd Yusof (kanan) sambil diperhatikan Shahaniza (tengah). FOTO Farizul Hafiz Awang

Katanya, dia melukis potret Noor Hisham apabila diminta petugas barisan hadapan menerusi ruangan komen dalam Facebooknya, selepas memuat naik gambar petugas itu pada minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya lukis (potret Noor Hisham) menggunakan berus solekan halus dan bahan khas ‘facepaint’ yang digabungkan bersama dengan pembayang mata serta penyamar noda.

“Saya mengambil masa 1 jam 30 minit untuk menyiapkan lukisan ini. Saya lakukannya sendirian di hadapan cermin yang turut dirakam,” katanya.

Menurut Odiliawati, lukisan potret ini agak rumit untuk disiapkan kerana selain memastikan bentuk muka dilukis dengan betul, emosi subjek yang dilukis juga perlu diterjemahkan bersama.

“Ia adalah kekuatan dan daya tarikan bagi sesebuah lukisan. Sebenarnya, solekan lukisan muka sudah lama diperkenalkan dan bukan bukan sesuatu yang baru,” katanya.

ANTARA dadah yang dirampas dalam dua serbuan berkenaan. FOTO ihsan PDRM
ANTARA dadah yang dirampas dalam dua serbuan berkenaan. FOTO ihsan PDRM

Menurut Odiliawati, kebiasaannya, ramai yang melukis bendera pada muka seperti ketika menyaksikan perlawanan bola sepak untuk menaikkan semangat dan memberi sokongan kepada sesebuah pasukan negara.

“Jadi ini adalah konsep yang sama saya lakukan bagi menaikkan semangat petugas barisan hadapan perubatan yang cekal memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mengikuti mana-mana latihan melukis formal namun mula berjinak-jinak melukis seawal usia lima tahun.

“Sebelum ini, saya adalah pelukis komik selama lapan tahun sebelum beralih dalam bidang solekan lukisan muka sejak Disember tahun lalu.

“Saya rasa lebih puas menghasilkan solekan lukisan muka kerana ia menjadi medium untuk menyampaikan mesej dan menterjemahkan perasaan,” katanya.

Odiliawati yang sudah menghasilkan 30 lukisan di muka berkata, dia gembira apabila ramai yang memberikan maklum balas positif terhadap hasil karyanya terutamanya potret Noor Hisham dan gambar petugas barisan hadapan.

Minggu lalu, Odiliawati turut melukis potret Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di pipi kanannya.

MOHD HUZAIR membaca teks khutbah solat sunat Aidilfitri. FOTO Hassan Omar
MOHD HUZAIR membaca teks khutbah solat sunat Aidilfitri. FOTO Hassan Omar

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2020 @ 10:56 AM