Nurul Hidayah Bahaudin dan Rosyahaida Abdullah


SEBANYAK 67 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif akibat jangkitan wabak berkenaan di negara ini sebanyak 6,656 kes.

"Daripada jumlah itu, seramai 18 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan enam pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.

"Sementara itu, tiada kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kekal pada 108 kematian," katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, seramai 96 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 5,025 kes.

"Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,523 pesakit dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan," katanya.

DR Noor Hisham Abdullah. FOTO Bernama
DR Noor Hisham Abdullah. FOTO Bernama

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 5:04 PM