GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


PELAKON lelaki berusia 23 tahun ditahan polis malam tadi selepas didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Suspek ditahan 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Menurut sumber, polis turut merampas telefon bimbit dan kad sim bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat suami wanita terbabit.

"Pelakon terbabit yang pernah berlakon beberapa drama dan filem didakwa membawa lari wanita berusia 36 tahun, kelmarin dan hanya disedari suaminya yang pulang sekitar 8 malam.

"Difahamkan mereka mula menjalin hubungan sejak tahun lalu sebelum kemuncaknya wanita itu bertindak keluar rumah dan mengikut pelakon terbabit," katanya.

Sumber berkata, susulan laporan itu, polis kemudian memanggil suspek bagi membantu siasatan dan ditahan.

"Difahamkan suspek direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.

Katanya, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 12:35 PM