SUASANA sayu menyelubungi apabila tiga beradik dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Limbat, Rawai, Bukit Payung, Marang, hari ini.

Jenazah Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim Mohd, 16, disemadikan berhampiran pusara ibu mereka, Zakiah Bilal Idris pada 6.25 petang.

Majlis berkenaan dihadiri hampir 50 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan mereka.

Terdahulu, jenazah mereka tiba di tanah perkuburan pada 5.30 petang menggunakan kenderaan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Anggota polis turut berada di tanah perkuburan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam kejadian 6.30 petang semalam, mangsa dikatakan ke Sungai Terengganu kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Kampung Kuala Telemong, Kuala Berang tanpa disedari bapa arwah Mohd Ismail, 64, yang ketika itu berada di masjid.

Kejadian dikatakan berlaku apabila Khalif Naim dikatakan lemas sebelum disusuli Khairil Firdaus dan Umar Iskandar ketika berusaha menyelamatkan adik mereka.

Kesemua mayat mereka ditemui antara 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari, hari ini pada jarak 50 meter antara satu sama lain.

Berita berkaitan

Keceriaan terakhir tiga beradik

Mayat terakhir tiga beradik ditemui

Mayat Khairil Firdaus pula ditemui

Mayat Umar Iskandar ditemui [METROTV]

Mahu baju sedondon, gambar bersama

3 beradik dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2020 @ 7:36 PM
PENDUDUK mengebumikan jenazah tiga beradik lemas di Tanah Perkuburan Nering, Kampung Rawai. FOTO Ghazali Kori
PENDUDUK mengebumikan jenazah tiga beradik lemas di Tanah Perkuburan Nering, Kampung Rawai. FOTO Ghazali Kori