DR Noor Hisham Abdullah. FOTO Luqman Hakim Zubir
DR Noor Hisham Abdullah. FOTO Luqman Hakim Zubir
Muhaamad Hafis Nawawi


SEBANYAK 39 kes pulih Covid-19 dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 6,674 kes atau 80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat jam 12 tengah hari ini, terdapat 19 kes baharu yang dilaporkan.

Menurutnya, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,322 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,531 kes.

"Mereka diasingkan dan diberi rawatan. Daripada 19 kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara," katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 13 kes penularan di dalam negara, dua kes adalah bukan warga negara dan 11 kes adalah dalam kalangan warga negara.

"Sehingga kini, lima kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Tiada pertambahan kes kematian hari ini dan kekal 117 kes bersamaan 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 5:40 PM