DR NOOR HISHAM ABDULLAH
DR NOOR HISHAM ABDULLAH
Amir Abd Hamid


KUALA LUMPUR: Kes baharu positif Covid-19 meningkat kepada dua digit iaitu 10 kes hari ini berbanding lima kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia ialah 8,658 kes.

Beliau berkata, berdasarkan pecahan, tujuh membabitkan kes import manakala tiga lagi kes penularan tempatan.

Menurutnya, terdapat 15 kes sembuh dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sudah pulih sepenuhnya jangkitan Covid-19 adalah 8,461 kes atau 97.72 peratus daripada keseluruhan kes.

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 76 kes. Mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan. Jumlah kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah dua kes.

"Jumlah pesakit yang diberikan bantuan pernafasan adalah dua kes. Tiada pertambahan kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC). Justeru, jumlah

kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 121 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Beliau berkata demikian pada kenyataan berkaitan perkembangan harian Covid-19 di akaun Facebook (FB) rasminya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 5:47 PM