Nor Amalina Alias


MAYAT ketujuh mangsa bot terbalik ditemui hari ini pada jarak 37.1 batu nautika daripada Jeti Perikanan Kemasin, pagi tadi.

Mayat ditemui terapung di laut oleh nelayan pada 10.30 pagi dan dibawa balik Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) ke jeti pada 12.22 tengah hari tadi.

Setakat ini, identiti mangsa dipercayai Encik Wadi Bakar, 44, selepas proses pengecaman dilakukan ahli keluarga dan disahkan isteri tekong bot, Halifa Mohd Noor, 47, berdasarkan pakaian yang dipakai.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Shamsulmuddin Sulaiman berkata, identiti mayat sukar dikenali kerana keuzuran pada bahagian wajah mangsa yang berada lama di laut selain tiada pengenalan diri ditemui.

"Setakat ini kita kenal pasti sebagai Encik Wadi berdasarkan warna baju dipakai mangsa iaitu biru manakala pengecaman ahli keluarga lain juga negatif bahawa yang dijumpai hari ini adalah Arman (Arman Ismail, 43,) kerana dipercayai memakai baju warna kuning.

"Bagaimanapun, identiti sebenar akan kita ketahui melalui pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang akan dilakukan," katanya ketika sidang media di Jeti Perikanan Kemasin, Bachok, hari ini.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pengarah APMM Kelantan, Kapten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, mayat ditemui kira-kira 19.2 batu nautika daripada lokasi mayat ke enam (Harun Daud, 57).

"Operasi pencarian seorang lagi mangsa akan terus dipergiatkan di kawasan sekitar penemuan ketujuh hari ini," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis marin, Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perikanan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan nelayan tempatan.

MAYAT dibawa ke HRPZII Kota Bharu. FOTO Nor Amalina Alias
MAYAT dibawa ke HRPZII Kota Bharu. FOTO Nor Amalina Alias

Berita berkaitan

  • Anggota penyelamat, keluarga mulai keletihan
  • Pencarian tumpu lokasi mangsa ke-6 ditemui [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: Operasi cari dua lagi mangsa diteruskan
  • Kubur bertanda buat pemancing keenam [METROTV]
  • Bau busuk dorong selaman ketiga
  • Operasi SAR tertumpu di laut
  • Tiga mangsa hilang mungkin hanyut [METROTV]
  • 'Suami tak tenang, masih meracau'
  • Tiga masih belum ditemui
  • Tragedi bot terbalik: SAR ditangguh [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: 'Hanya fikir mati'
  • Empat pemancing maut, empat hilang
  • Operasi SAR kesan 4 pemancing diteruskan
  • 'Sempat rayu suami tak ke laut' [METROTV]
  • 'Dia teruja lain macam...'
  • Tragedi bot terbalik: Tiga dirawat di wad masih trauma
  • Tragedi bot terbalik: Firasat ibu jadi kenyataan
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 2:28 PM