X
Hazira Ahmad Zaidi


"KAMI sekeluarga bersyukur, selepas enam hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pasukan penyelamat, akhirnya jasad abang ditemui jua," kata Che Normah Che Bakar, 35, adik bongsu kepada Che Wadi Bakar, 44.

Mayat Che Wadi ditemui terapung di laut oleh nelayan pada 10.30 pagi hari ini pada jarak 37.1 batu nautika daripada Jeti Perikanan Kemasin dan dibawa balik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke jeti pada 12.22 tengah hari.

Penemuan itu menjadikan angka korban tragedi bot terbalik seramai tujuh orang, manakala seorang lagi masih hilang iaitu Arman Ismail, 43.

Menurut Che Normah, sejak abangnya hilang bersama beberapa pemancing selepas bot yang dinaiki terbalik di badai ribut, mereka sekeluarga menunaikan solat hajat sebagai ikhtiar terakhir selain tidak putus berdoa kepada Yang Maha Esa agar jasad abangnya ditemui.

"Walaupun sudah dapat merasai dari awal lagi bakal kehilangan abang selepas mengetahui kejadian bot terbalik, kami sekeluarga sudah reda memandangkan mangsa yang terselamat menceritakan abang berada di bahagian belakang bot dan terjatuh ke dalam air sebelum hilang.

"Pada pagi tadi, kami dikhabarkan oleh anggota penyelamat yang memaklumkan seorang lagi mangsa yang hilang ditemui dan pada ketika itu jantung bagaikan terhenti selepas pengecaman yang dilakukan adik-beradik di jeti adalah mayat abang," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.

Che Normah berkata, mayat abangnya kini dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk dibedah siasat dan selepas semuanya selesai jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedai Buloh.

Dalam kejadian 8.30 malam Isnin lalu, bot yang dinaiki 20 individu termasuk pemancing dan awak-awak terbalik dipukul ribut menyebabkan sauhnya terputus, sebelum dibadai ombak besar dan terbalik.

Susulan kejadian itu, 12 individu berjaya menyelamatkan diri dan tujuh individu meninggal dunia iaitu Wan Aminuddin Wan Hussin, 63; Mohd Syafizam Daud, 43; Muhammad Zaki Muhamad Nordin, 32; Pok Ta berusia 50-an dan Shafiq Che Alim, 29, Harun Daud, 60; Che Wadi Bakar, 44, manakala seorang lagi masih hilang iaitu Arman Ismail, 43.

Difahamkan, bot terbabit dikatakan berlepas dari jeti Kuala Besar kira-kira 3 petang untuk tujuan memancing dan menyandat sotong.

KELUARGA kepada arwah Che Wadi  berkumpul di Jeti Perikanan Kemasin, Bachok selepas mayat arwah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu. FOTO Nor Amalina Alias
KELUARGA kepada arwah Che Wadi berkumpul di Jeti Perikanan Kemasin, Bachok selepas mayat arwah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu. FOTO Nor Amalina Alias

Berita berkaitan

  • Bot terbalik: Mayat ketujuh ditemui [METROTV]
  • Anggota penyelamat, keluarga mulai keletihan
  • Pencarian tumpu lokasi mangsa ke-6 ditemui [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: Operasi cari dua lagi mangsa diteruskan
  • Kubur bertanda buat pemancing keenam [METROTV]
  • Bau busuk dorong selaman ketiga
  • Operasi SAR tertumpu di laut
  • Tiga mangsa hilang mungkin hanyut [METROTV]
  • 'Suami tak tenang, masih meracau'
  • Tiga masih belum ditemui
  • Tragedi bot terbalik: SAR ditangguh [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: 'Hanya fikir mati'
  • Empat pemancing maut, empat hilang
  • Operasi SAR kesan 4 pemancing diteruskan
  • 'Sempat rayu suami tak ke laut' [METROTV]
  • 'Dia teruja lain macam...'
  • Tragedi bot terbalik: Tiga dirawat di wad masih trauma
  • Tragedi bot terbalik: Firasat ibu jadi kenyataan
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 5:12 PM