X
TANGAN remaja lelaki di Nanjing yang diserang strok. FOTO Nanning Television
TANGAN remaja lelaki di Nanjing yang diserang strok. FOTO Nanning Television
Agensi

BEIJING: Akibat bermain permainan komputer tanpa henti selama 22 jam sehari, seorang remaja lelaki di Nanjing, China diserang strok.

Media tempatan melaporkan ia dikesan selepas dia dikejarkan ke Hospital Jiangbin dekat wilayah Guangxi di selatan China, pada 9 Julai lalu.

Dia dibawa ke hospital berkenaan selepas ibunya mendapati anaknya itu tiba-tiba pengsan.

Selepas sedar, remaja dikenali sebagai Xiaobin, 15 itu tidak lagi dapat menggerakkan lengan dan tangan kirinya.

Selepas pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan remaja itu diserang strok.

Dalam pada itu, World of Buzz melaporkan remaja itu ketagih bermain permainan komputer ketika sekolah ditutup selama lebih sebulan kerana penularan Covid-19.

Menurut ibunya, sejak itu, anak lelakinya itu banyak menghabiskan masanya di dalam bilik.

Ketika ditanya ibu mengenai apa yang dilakukan, dia akan menjawab mengikuti kelas secara dalam talian.

"Dia pernah mengadu tidak cukup rehat dan hanya tidur dua jam saja sehari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 7:00 AM