Suraya Roslan


KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah jelas terasa hati dan kecewa dengan kelakuan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak mengamalkan penjarakan sosial ketika berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

"Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri.

"Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia patuh kepada SOP (prosedur operasi standard) untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan," ciapnya di Twitter.

Beliau memberi reaksi itu selepas seorang wakil rakyat dilaporkan bimbang berlaku kluster baharu susulan himpunan solidariti menyokong Najib di luar mahkamah, hari ini.

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh berkata, wabak itu masih menular dalam negara dan sebarang usaha pencegahan perlu dilakukan dengan berdisiplin.

"Terutamanya apabila hari ini kita dengar ada satu himpunan di mahkamah, kita bimbang berlaku kluster baharu akibat daripada satu perhimpunan yang tidak dikekang dan dikawal.

"Langkah pencegahan wajib diamalkan malahan lebih berdisiplin secara bersama bagi memastikan penularan ini benar-benar tamat. Kita tidak kalah, tetapi kita belum menang," katanya.

DR Noor Hisham mengesahkan tiada kes membabitkan penyokong Najib. FOTO Arkib NSTP.
DR Noor Hisham mengesahkan tiada kes membabitkan penyokong Najib. FOTO Arkib NSTP.

Berita lanjut menyusul

Berita Berkaitan

  • Mahkamah tolak permohonan tangguh, hukuman Najib hari ini
  • Penyokong Najib akan dikompaun jika degil tak patuh SOP
  • Datang ke mahkamah lepas Subuh
  • Pasukan Najib mahu rayuan ringan hukuman ditangguhkan
  • Kes SRC: Najib bersalah! [METROTV]
  • Warganet risau wujud kluster Najib
  • Kronologi kes SRC
  • Najib tiba di mahkamah
  • Kes SRC: Hanya 10 media dibenar masuk mahkamah>
  • Kes SRC: Ratusan penyokong hadir ke mahkamah
  • Nasib Najib ditentukan 10 pagi ini
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2020 @ 4:27 PM