ROMBONGAN Musa dihalang masuk ke laluan Istana Negeri Sabah. FOTO Juwan Riduan
ROMBONGAN Musa dihalang masuk ke laluan Istana Negeri Sabah. FOTO Juwan Riduan
Juwan Riduan


BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bersama rombongannya dihalang masuk ke laluan Istana Negeri Sabah, sebentar tadi.

Rombongan lebih 10 kenderaan mewah itu ditahan polis yang melakukan sekatan berhampiran Bulatan Nanas di Jalan Istana jam 3.50 petang.

Beberapa peguam kepada Musa dilihat cuba berunding dengan pegawai polis yang membuat sekatan.

Namun sehingga kini mereka tidak dapat melepasi sekatan berkenaan.

Terdahulu, Musa dalam sidang media di kediamannya di Luyang, hari ini, mengumumkan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan dan mendakwa pembubaran DUN adalah tidak wajar.

Berita berkaitan

Saya ada majoriti, tak perlu bubar DUN Sabah - Musa

Kemelut politik Sabah: Menyusahkan rakyat - Penganalisis Politik

Kemelut politik Sabah: Kota Kinabalu terkawal - Polis

TYT perkenan pembubaran DUN Sabah - Shafie

DUN Sabah bubar, pilihan raya negeri?

Kemelut Sabah, Shafie buat sidang media pagi ini? [METROTV]

Kerajaan Warisan Sabah tumbang?

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 4:13 PM