RAKAMAN video yang tular di media sosial. FOTO tular media sosial
RAKAMAN video yang tular di media sosial. FOTO tular media sosial
Suraya Roslan


KEDUTAAN Nepal di Kuala Lumpur membuat laporan polis berhubung penyebaran klip video menunjukkan seorang pengawal keselamatan dipukul.

Menerusi kenyataan di Facebook, mereka meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi kedutaan itu menerusi emel atau talian 016-2472777.

"Kedutaan Nepal di Kuala Lumpur mengambil maklum mengenai penularan video di media sosial mengenai serangan terhadap pengawal keselamatan di Malaysia.

"Laporan polis sudah dibuat supaya siasatan lanjut dapat dilakukan," katanya.

Klip video yang bertanda masa 7 Julai lalu itu menunjukkan seorang lelaki menampar dan memukul lelaki berpakaian seragam pengawal keselamatan dengan sebatang kayu.

Dalam klip video berdurasi 44 saat itu, pengawal keselamatan dipercayai warga Nepal itu tidak melawan ketika dipukul seorang lelaki dipercayai majikannya.

"You main ah? You mari sini cari kerja ke cari masalah? Saya baik-baik sama you," kata lelaki itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2020 @ 3:28 PM